Monday, December 15, 2014

Keempatpuluhsembilan.

Happy birthday to one and only woman that I'm gonna love for the rest of my life..
My mum...
Happy 18th birthday mak... 
Eh..
Happy 60th birthday mak..
We love you so much! 

This was taken on Hijjaz's E day.
Semalam sepatutnya kitorang bergambar reramai..
Tapi boleh aku tertidur lepas makan!!
As I woke up everyone is gone.
Dua orang abang yang dah kahwin tu balik.
Haihh!
Gotta wait for 25th for another celebration!
:D

Friday, November 28, 2014

Keempatpuluhlapan.

New born baby!!
Congrats to both my brother and sister Hanafi Foaad & Husna Hannan!Semalam kakak dah lahirkan anak baru dia..
Yeehoo..
Seorang lagi lelaki menjadikan cucu abah dah ada dua belas orang dah.
9 Lelaki & 3 Perempuan..
Coming soon next year on February kakak sorang lagi Miza Foaad pula lahirkan anak.
Nak tengok baby boy or baby girl.

Yes it's finally friday!
Weehoo..
Esok Raje nikah..
Congrats to her and her soon to be husband Megat.
Gotta find myself a shirt for tomorrow.
Hergghhhhh!


Wednesday, November 26, 2014

Keempatpuluhtujuh.

Wednesday!
Rasanya macam malas nak pergi gym dah..
Sebab lemak degil masih berdegil kat situ lagi..
Anyway..

Semalam termimpi langgar kereta orang masa tengah reverse..
Hahaha..
Dalam mimpi tu aku terus lari..
Sebab kat situ ada crush aku masa dalam mimpi tu..
So takut la dia nampak hancur la macho aku drive nanti kan..

Hewhewhew..

Dear chips more.

Can I eat you?
You can have me whenever you want..

Promise!

I have posted this picture on my previous blog (name : picit tetikus tu)
Eh ada kepala Sarah la kat seat belakang tu rupanya...


Monday, November 24, 2014

Keempatpuluhenam.

You know that you like someone a lot when you wanna know everything about that person.
And all your wishes are about that person.
And before you sleep you'll stare at that person's photo.
Or text that person a goodnight wish..

Bertepuk sebelah tangan memang tak akan ada bunyi.





Aasim jangan kacau ayah tengah text dengan crush ayah ni..
:p

Saturday, November 22, 2014

Keempatpuluhlima.

I just watched Big Hero 6 yesterday.
The movie was awesome!!!
But tbh I don't think the awesomeness is from the movie..

But it's from the person beside me.
Too bad that person got an headache..
But I enjoyed my time with that person...
I hope that person had fun with me..

I hope..
iHope


Monday, November 10, 2014

Keempatpuluhempat.

Yeah!
There's always a first time in everything!
Semua benda yang aku buat mesti lah ada yang first time.
Annnnndddddd...
First time aku bercuti guna passport..
Which is luar negara lahh..
Hahaha..
Bunyi macam jakun kan.

But I was excited..
I have unlocked another chapter in my life.

Apa yang aku boleh rumuskan ialah...
Aku tak suka travelling.
Bila sampai tempat orang aku jadi tak sabar nak balik.
But...
Aku nak travel juga..
Sebab aku rasa aku belajar benda baru.
How they live, their culture, makanan and all..
:D

Okay.

Aku pergi ke Korea..
For a week.
Its a company trip...
So I don't have to worry about hotels and transportation and meals...
Tapi kat sana macam susah juga lah nak mencari makan sendiri..
Sebab aku ni kan first time ke negara orang..
So nak beli makanan pun macam reragu..

There will be next time for sure aku pergi negara orang..
Aku tengah target turki ni..
And this time I wanna go with my friend..
Berdua je lah kot..
Nak try berdikari hacamtu..
Hahaha..

Friday, October 31, 2014

Keempatpuluhtiga.

Pernah tak rasa.
Apa yang kau buat tu betul..
Tapi ada orang bagitau kau benda tu tak betul.
Tapi kau tahu benda tu betul dan kau boleh buat benda tu betul betul.
Tapi ada orang bagitau kau yang sebaliknya dan buatkan kau terasa serba salah untuk meneruskan.

Tapi kau teruskan juga even dalam hati kau ada rasa sangsi.
Life is hard and its getting harder when you have to make a choice.

Tangan kena besi panas.
Melecur padan muka.
:'(

Nak jadi baby je rasanya.
Masalah yang ada cuma lapar dan mencari perhatian.
:/

Tuesday, October 28, 2014

Keempatpuluhdua.

Almost there.
Almost 2015 dah.
But still I can't see where I'm going.
:(
I took the wrong way and there's no chance for me to start over.

Apa yang boleh adalah teruskan saja.
It felt so hard.
Tau lah benda semua makin naik.
Berat naik, mas kahwin naik, beras naik.
Kucing kat rumah pun dah bosan makan makanan yang sama.
Asyik prodiet je.
Dah taknak dah makan prodiet.
Nak Royal Canin je sekarang ni.
Tapi mana ada aku bagi.
Kucing kampung je pun! 
Makan je ikan kembung tu.

Tetibe cerita pasal kucing.
Lately aku dah jarang jumpa kekawan aku.
T___T
Mana mereka hilang..

Ke aku yang busy je manjang?
Anyway..
Aku pernah main squash.
Ada lah dalam dua or tiga kali.
Tapi dah tak main dah.
Rindu squash juga..
Aku lapar nak lunch.
Makan kambing.





Duit terbang... 



Masa kahwin Farah awal tahun haritu.
Tau tak rindu tu apa?!!
Another trip to utara next February.

Friday, October 24, 2014

Keempatpuluhsatu.

Morning!
Body combat!
Semalam masuk kelas body combat.
Which is my first time ever masuk kelas ala ala combat macam tu.
Penat dia...
Perghh..
Serious penat!
Tapi ceqq tak quit halfway ye.
1 hour non stop hiyahh! Hiyahh!!
Hahahha.
Instructor dia Kevin (Or Calvin?) ganas wehh..
Banyak kali gak la datang kat aku.
Siap buat aksi lagi ngan aku.
Hahaha!
Next week nak pergi lagi.
Gotta burn all this fat baby! ;)

yeehaaaa!

Baju basah lecunn weyyhhh...
Rasanya macam dah 10kg hilang.
Kah kah kah!


Tuesday, October 14, 2014

Keempatpuluh.

Today.
I'm not being myself.
I don't know what I want.
Whatever I need today is not here.
Even that particular person.
That I need the most at time like this.
I hate this feeling.

Saturday, October 11, 2014

Ketigapuluhsembilan.

Pakcik baru meninggal pagi tadi.
Kitorang panggil dia uncle aya.
Aku tak berapa rapat dengan uncle aku yang ini.
Jadi pemergian dia tak terasa sangat.
Cuma terasa sebak bila tengok abah kehilangan abang dia yang baik.
Uncle aya banyak tolong abah masa abah susah.
Uncle aya seorang yang sangat sempoi.
Dulu masa kecil kitorang buat bising ke apa ke depan dia.
Tak pernah dia marah.
Siap boleh tidur lagi.
Even aku tak rapat dengan arwah.
Tapi aku tau dia seorang yang baik dan sangat disegani.


Lagi yang buat aku sebak.

Bila tengok anak anak uncle aya.
Aku cuba letakkan diri aku di tempat mereka.
Ya Allah.
Tak boleh nak bayangkan.

Anyway.
Tadi lepas balik dari kubur arwah (Bacaan talqin and all)
Kitorang pergi makan cendol ngan rojak somewhere in bukit kiara.

Bestnya!
Dah lama tak makan kat luar dengan mak & abah.
Sebab mak & abah selalu busy dengan mesyuarat atau activity mereka.

Esok ada quiz.
Tapi study sangatlah sedikit.
Memoga boleh jawablah hendaknya.
Amin..
^.^

P/s: Jangan layan aku ni macam orang tak penting. Just saying.. 


Bebajet 2015 dengan bontot si anak.
Thanks PakJib hadiahkan 20 sen kat kami.


Tuesday, October 07, 2014

Ketigapuluhlapan.

Semalam aku pergi gym.
Seriously pemandangan di petang hari sangatlah.
Mmmmm..
Toksah cakap lah kan.. 
Tapi tbh aku join gym sana sebab there's someone that I like pergi gym tu.
Cliché tak?
Tapi dia takda kat kl for a few days.
Takpa lah ada je orang lain kat gym tu..
hewhewhew..

Just nak bagitau.
Sya ni single.
Tu je...
Ahahahaha..

Semalam ada awek ni usha usha aku kat kedai makan.
Lepas tu aku bagi tau la kat syuk.

Syuk boleh kata...
Bukan taste akim.
Terbahak la aku gelak.
Padahal macam lah taste dia gak..

Sebenarnya aku punya mood ni tak berapa nak elok.
Bercampur baur.
Bila keluar dengan syuk or member member yang lain aku rasa aku tak rindu siapa pun..
Tapi bila dah balik baring kat bilik sesorang...
Tetau jelah kan apa perasaan kita nak kat orang tu tapi orang tu taknak kan.
Tapi nak acano.
"Life is fair because it's unfair to everyone" - Sue (Tak tau lah mana dia dapat quote ni)

Three weeks left for my vacay.. Yay..
Nak start benda baru kita kena lupakan benda lama.

Selamat berkerja semurang!! -_-"




Nah kite belanja gambar workout semalam.
Balik dari kerja nanti nak pergi lagi..
Rindu kat awak besi ;*


Monday, October 06, 2014

Ketigapuluhtujuh.

Selamat hari raya Aidiladha.
Dulu aku suka je tengok orang sembelih lembuu.
Aku siap tolong lapah daging tu sekali.
Eh siap pernah tolong pegang kaki lembu masa abah sembelih.
Dalam kepala dok terfikir kalau kena sepak macam mana tah.

Tapi dah macam tiga tahun aku tak pergi tengok sembelih lembu ni.
Mungkin masa dulu tu aku muda lagi kot.
Patutnya aku pegi lah tolong kan dah besar ni..
Next year lah insyaallah..

Anyway.
Hari ni aku sepatutnya pergi workout kat gym.
Tapi delay delay sampai la ni pakai boxer je hadap laptop ni.
Malas dia lain macam mana tah.
Mandi pun tak lagi ni.
:p


Sebenarnya rasa malas sebab esok dah start kerja.

Bestnya cuti lelama.
Kalau cuti aku banyak lagi kan best.
T____T

Nak share gambar dengan syuk.
He trough a lot lately.
Hopefully dia kuat.
What doesn't kill you makes you stronger syuk!!


Saturday, October 04, 2014

Ketigapuluhenam.

Maybe I'm just tired of hoping I will get a perfect relationship.
Maybe I should wait for the right person to come into my life.
My top priority is myself now.
Gonna do whatever I wanna do and whatever I like.
I need a real thing not uncertain hope.
#life

Friday, October 03, 2014

Ketigapuluhlima.

Movie reviewww!!!
Annabelle!
This is one of the great movie (Horror) I've eve watched! (For this year)
Sebab ni yang pertama kali kot.
Ada yang kata biasa biasa je sebab mungkin mereka tu selalu sangat tengok cerita seram kat wayang kot.
Macam aku ni jarang sekali.
Nak tengok cerita seram pun tak boleh sesorang.
Kena ada orang kat sebelah at least aku boleh beborak untuk hilangkan rasa gelabah ke apa tah.
Tapi semalam aku macam tengok sesorang je.

Anyway..
Movie ni best lah.
Takda lah biasa bagi aku.
Luar biasa juga lah.
Jalan cerita dia pun best.
Anak perempuan dia.. Siapa? Leha? 
Omaigosh! Comel gila.
Kalau aku jadi Annabella tu mesti aku culik budak tu..
Bukan nak nyawa si mak.
Tapi nakkan si tembam yang comel tuuuu!

P/s: Saja eja anabella.. Macam Naabella si faiz dickie tu.. kuikuikui...


Sunday, September 28, 2014

KetigapuluhFuckingempat

Assuming that we have a mutual feeling is the biggest mistake I've ever done.

End.

Friday, September 26, 2014

Ketigapuluhtigaan

Nak buat movie review boleh?
Okay malam tadi tengok The Maze Runner dengan awak dan kawan-kawan awak.
Cerita dia memang menarik.
Menarik sampai orang sebelah kite tertidur.
Alololo..
Tapi macam pening sikit cerita tu.
Yela.
Apa ujian yang dia tengah buat.
Lagi.
Griever tu.
Makhluk apakah?
Macam robot + makhluk marikh.
Dia makan manusia ke?
Tapi ada aksi yang best la.
Macam...
Scene Chuck jerit "Thomas! Thomas! Thomas!" tapi takda sambutan.
Hahahaha!
Anyway. Tengok movie ni mengingatkan aku kat movie The Hunger Games pula!
I can't wait!
>.<


Dan...
Kejap nye september nak habis dah.
Anyway.
September tahun ni banyak sedut duit aku.
Dan duit abah.
Mungkin sebab birthday kami on September kut?
Anyway.
Member member aku tak bagi aku kek lagi.
Raje, Zul, Pieqa, Jenny, Afiq & Ekin...
Korang kena belikan aku kek secepat mungkin.

Begitu juga Ed, Farah, Eiqa, Aina & Nasoha.
Korang kena belanja aku makan besar.
Dan lagi Kak Faridah, Ika, Kak Sha, Capik & Abg Mansor.
Korang nak bagi apa hadiah birthday saya tahun ni?
Saya menunggu ye.
Hahahaha..

Kejapnya nak habis 2014!
Ada berapa bulan jak lagi ni.
Dan aku sedang tunggu November!
Wink;)



Thursday, September 18, 2014

Ketigapuluhduaan.

Aku dah masuk 24 tahun.
Jangan tanya apa perasaan bila dah menginjak ke usia yang lebih tua ni.
Hahaha.
Aku rasa aku punya masa makin singkat.
Yela.
Makin tua makin dekat lah maut dengan kita kan.
Tak ada apa apa celebration pun..
Just Syuk je belanja makan kek dan makanan yang menggemukkan yang lain.

Aku dah request dah kat raje, zul, pieqa, jenny, afiq and ekin untuk buat surprise kat aku.
Tapi dorang macam taknak je.
Boleh pula lepak tak ajak aku.
Memang nak kena lah tu.
Biasa nya mereka akan buat group whatsapp baru tanpa invite aku.
Hahahaha!
Gelabah gila nakkan perhatian lebih dari mereka.

Happy birthday to me (belated)
My 24th birthday was on 15 September 2014
So yeah. I'm old.
But not as old as you old man!
Tiberje.

Anyway.
Thanks for the wishes my friends.
Got my advance birthday present from Mizan.
He's got that present from australia kot!!
:p


google.com
Okay let's get some sleep.
Shall we?
zzzz

Thursday, September 11, 2014

Ketigapuluhsatuan.

Another post of the day.
Mana ada orang blogging dah sekarang ni weh..
Orang main twid errr or fb or insta or whatever new lah.
kui kui kui.

Anyway.
Hari khamis.
Aku puasa hari ni.
Bukan nak menunjuk ke apa.
Tapi nak ajak kalau kalau ada yang nak teman saya berbuka..
-__-
Sebenarnya aku puasa nak temankan mak.
Sebab mak selalu puasa isnin & khamis.

So teman la mak puasa juga hari ni berbuka nanti sesama.
Tapi!
Mak tak puasa hari ini.
Sebab mak demam malam tadi.
Tapi pagi tadi dah elok.
Tapi mak sakit perut.
So mak kata mak tak puasa.
Puasa lah aku ngan abah.
Tapi abah selalu makan sikit lepas tu terus ke surau.
Kang aku makan sesorang..

Mesti ada yang nak cakap.
"Ala kat kubur kang kau sesorang juga nanti"
Ha!
Dah tau masa kat kubur sesorang masa kat atas ni lah nak beramai ramai.
Takdalah hidup sesorang, dah mati pun sesorang.

Rasanya gambar ni mak yang ambilkan.
Ke adik aku eh?

Anyway. Banyak gambar aku paksa mak ambilkan sebab nanti nak minta mak jadi photographer masa aku nikah.
 Mak kite

Wednesday, September 10, 2014

Ketigapuluhan.

Hari ni kurang stress.
I'm back to myself.
But I hope someone gonna recover very soon.
Super speedy recovery! 

Awwwww!




Tuesday, September 09, 2014

Keduapuluhsembilan.

Jarang aku update blog ni sehari sekali.
Kenapa tah hari ni pun terasa nak update lagi.
Anyway.
Since early month aku dapat invitation wedding.
Member sekolah and member kolej.
Member kerja takda pun? Cc: Kak faridah. Syafiq, Ika, Kak Sha, Abg Mansor..
Eh Abg Mansor nak kahwin dah sikit lagi..
:p

Tetengah mood tak okay ni elok aku tengok gegambar lama.
Jadi okay sikit sebab ermm..
Sebab terfikir..
Apa yang aku fikir masa tu.
Kenapa aku buat macam tu?
Hahahaha!

So jadi lah aku okay sekejap.
Dari melayan mood tak okay ni sampai bila ye idok.
Tetiba stress bila orang sale aku ni suruh g Kedah esok!
Aku memang tak la nak pergi sana.
Dah cakap dah kalau nak suruh aku outsation bagi notice paling kejap pun 3 hari!
Huh!
*Jeling





Antara gegambar yang aku tengok.
Haiii Rindu nya...
Semua masa memuda..





P/s: Hi Awak.. Cepat lah okay.. Saya tunggu nii :)

Monday, September 08, 2014

Keduapuluhlapan.

September shouldn't be like this.
Ada satu client aku kena handle tapi annoying dia tahap nak minta penampar.
First time stress dengan client since start kerja sini.
Sebab IT person dia PEREMPUAN!
Kenapa lah bingai sangat nak push push aku suruh siap itu ini cecepat!
Padahal masa meeting aku dah bagitau dah tak boleh nak cecepat macam yang diminta sebab last minute request memang susah nak cepat.
Haish!

Heharap lah settle cepat dengan client yang ni.
Menyampah aku nak melayan.
Sampai call dia aku reject kot!
Mana boleh reject client punya call tapi perempuan ni memang bengong.
Weekends pun nak kacau hidup aku.
Aku cuti lah wehhh..
Ngadu kat boss dia suruh "Sabar jela Luqman.. Itu income company kita"
Haih!

Lebih menekankan...
Aku ni single.
Nak lapor kat siapa masalah aku ni?
Kalau dulu ada juga lah orang aku nak bercerita memanja sikit.
*Peluk bantal...

Panaih!


Gambar hiasan semua dok sibuk buat apa tah.
Nak rehatkan hati dan perasaan lah.
Gitu

Friday, August 29, 2014

Keduapuluhtujuh.

Confuse.
Pernah tak kau rasa kau nak sangat something tapi kau tak tahu apa.
Kecewa.
Pernah tak kau rasa kau dah ada apa yang kau mahu tapi kau tak memiliki.
Tenang.
Apa lagi yang perlu ada untuk semuanya lengkap?
Kenapa ada saja yang tak kena?
Penat.
Bukan semua aku mampu buat. Tahap kesabaran setiap insan itu berbeza.
Juga perangai mereka. Aku bukan malaikat. Aku cuma manusia.
Andai aku punya kekuatan untuk mengabaikan saja.
Kenapa kau sanggup jaga hati orang lain tapi hati kau sendiri sakit?
Kekadang kau kena pentingkan diri.
Kau tak boleh expect orang lain berfikiran sama macam kau.
Tolong sedar Akim.
Please.
 Please.
  Please.

Kalau diberi pilihan.
Aku nak masuk sekolah menengah semula.
Saza.. Awak apa khabar? 
Tolong saya boleh?



I wish I have my own kids.

Tuesday, August 26, 2014

Keduapuluhenam.

Happy Birthday Jenny!
It's my bestfriend's birthday.
Her birthday was yesterday I supposed to post it on yesterday's post.
Tapi telupa lak.
Tapi aku dah wish kat facebook and whatsapp kan.
So kira aku dimaafkan lah.
Anyway.
Aku harap kau menjadi seorang yang berjaya.
Boleh melukis dan hantar kat aku so aku boleh gantung lukisan kau kat dinding rumah aku.
Thank you for keeping my secrets for about 5 years and still counting.
Let's be old together!

Dan aku doakan kau cecepatlah dapat laki and berkahwin.
Dan heharap aku kahwin dulu dari kau.
Hahahaha!
Love, Your bestie Luqman ;)
2003 to present 

There's a time you asked me who is my crush and I told you that she's my classmate.
and you encourage me to write a letter to her and I did!
nasib baik aku tak letak nama aku kat surat bongok tu!
semua salah ko jenny! Hahahaha

Sunday, August 24, 2014

Keduapuluhlima.


Rasanya nak letak gegambar dari DSLR ke sini lah.
Sebab macam banyak gambar aku ambil guna camera aku tu.
Minat ambil gambar ala ala photographer camtu.
Tapi amatur je pun.
Takat sesuka je.
So lepas ni kalau ada event memang akan dilambakkan dengan gambar gambar dari Nikon tu lah.
Saja nak riak aku ada DSLR beli dengan duit sendiri tanpa bayaran ansuran!
Tiberjer...

Okay so semalam (23 August, 2014) berlansungnya acara pertunangan cousin aku.
Abg Hijaz & Hanim (Should I call her kak Nim or Kak Hanim?)
Dan aku tukang mengangkat dulan dan unofficial photographer lah.
Walaupun aku suka ambil gambar..
Aku juga suka diambil gambar.
Ha Ha Ha!
Hambar.
Ini lah hasilnya....
 
So the event was held at Dewan Tun Rahah, in Menara Yayasan Tun Razak
We had a good time and we can't wait for the wedding day.
:)







Back at my cousin's home.
We had some photo session which is required my models and myself to jump like crazy.
Ha Ha Ha.




 I'm not a pro photographer and I'm not trying to be one.
But If you have anything to tell me (guidance or some tips) you can let me know.
So at least I could be better and try again.
Mana tau tetiba jadi photographer kimora lee ke..
Berangan.