2025, Tahun ni menjadi saksi betapa bodohnya aku.
Aku lepaskan orang yang sepatutnya aku jaga, dia yang dah ada dengan aku masa aku susah, masa aku sedih, masa aku hilang masa aku terduduk kehilangan..
Dia ada dengan aku..
Dia jaga aku, pujuk aku, sampai lah aku okay..
Tapi tabiat lama aku, aku amik balik..
Tanpa sedar, perlahan lahan aku lupakan kebaikan dia..
Sebab aku amik balik tabiat lama aku, perubahan yang baik aku beransur hilang dah mula episod hitam dalam hidup aku,..
Aku mula melayan dia endah tak endah.. Menyakitkan hati dia, dan kemuncaknya, aku tinggalkan dia..
Lepas aku sedar salah aku, aku tinggalkan balik tabiat lama aku..
Bukan mudah nak aku buang for good tabiat lama aku, tapi kali ni aku bertekad..
Aku buang semuanya, semuanya yang boleh aku berpegang pada tabiat itu aku lepaskan..
Aku campakkan semuanya kedalam tong sampah..
Menangis aku ketika aku sedar, itulah bayaran yang aku harus bayar untuk kehidupan yang lebih baik..
Aku cuba pergi kepada dia lagi untuk memujuk dia kembali pada aku..
Untuk hidup bersama lagi.. Tapi aku sudah terlalu menyakitkan dia.. Dia tak sanggup untuk amik lagi risiko dengan aku..
Aku faham kesakitan yang disebabkan aku.. Aku cuba memujuk dan merayu agak dia balik kepada aku..
Tapi tak semudah tu untuk dia maafkan..
Siapa lah aku untuk menafikan kesakitan yang ditanggung dia sejak aku membuat onar..
Tapi dia tidaklah menolak aku sepertimana aku menolak dia sebelum ini..
Hatinya lebih besar dari aku, dan aku sepatutnya menyedari dari dulu lagi dan tinggalkan tabiat lama aku dari dulu lagi..
Biarlah aku yang kini merasa sakitnya, rasalah hati, rasalah jiwa..
Inilah balasan kau, memang ini yang sepatutnya kau rasa kerana kau tak boleh terima diri kau sendiri..
Mulai hari ni, aku takkan pandang belakang lagi dan teruskan hidup aku..
Aku akan terus mengejar kau sampai la kita kembali bersama,
Aku nak kau menghayati rasa kasih sayang yang sebenar dari aku mulai dari aku mengejar sampai lah kita ke akhir hayat.,
Aku tak berasa apa sekarang kecual mendapatkan kau kembali dalam hidup aku..
Semoga semua ini akan berakhir dengan bahagia untuk kita berdua..
Friday, June 20, 2025
2025 for me is about acceptance
Wednesday, January 31, 2024
Coretan untuk Abah
Abah, banyak yang akim nak bercerita kalau ikutkan,
Akim dah dapat kunci rumah and dah start stay rumah tu..
Tak ada apa apa pun lagi kat rumah tu tapi dah banyak idea la nak buat apa..
Cuma akim ralat abah tak dapat tengok sekali rumah tu,
Selalu akim berangan abah luangkan masa dengan mak kat rumah akim sekali sekala, tapi apa kan daya..
Allah lagi sayangkan abah..
Beberapa minggu lepas abah pergi, Fahmi pun dapat anak dia..
Sebelum tu kita selalu bergurau pasal abah nak jadi moyang dan akim nak jadi atuk..
Dan masanya dah tiba sekarang..
Abah dah pergi lebih dari 3 bulan sekarang, tapi bagi akim abah macam baru pergi semalam..
Terasa macam baru semalam akim peluk cium tubuh abah..
Akim minta maaf kalau selama abah ada akim tak ambil berat tentang abah..
Akim janji akan jaga mak dengan beradik yang lain dengan baik..
Semoga abah ditempatkan bersama orang beriman dan diluaskan kubur abah.
Semua yang abah ajar terpahat dalam diri kami semua adik beradik,
Terima kasih sebab bersusah payah membersarkan kami semuanya..
Setiap hari akim teringatkan abah, selalu memikir semua salah dan silap yang pernah buat kat abah.. Maafkan akim,
Tak sangka sakit hilang seorang abah ni sakit macam ni,
Tahu lah sekarang apa yang mak & abah rasa masa perginya atok & ayah..
Rindunya ni tak berperhujung, dan rasa ralat tak buat yang lebih baik untuk abah semakin membuak rasanya..
Tapi mungkin dah jadi lumrah manusia, hanya menyedari selepas kehilangan..
Al-Fatihah untuk abah kesayanganku. Semoga dosa dosa abah diampunknan dan kita berjumpa semula kelak.
Tak sangka tahun lepas raya last kita, |