Monday, June 30, 2025

Penyesalan,

Pernah tak kau rasa menyesal? 
Aku rasa semua orang pernah rasa..
Dan paling banyak dalam fikiran bila menyesal tu ialah kenapa aku tak buat macam ini macam itu, 
Aku rasa aku dah banyak kali rasa menyesal, dan setiap kali rasa menyesal tu akan disusuli dengan tak apa lah, bukan takdir sekian sekian..
Tapi kali ni.. Aku menyesal yang teramat sangat sampai aku tak boleh terima dengan apa yang aku dah buat..
Aku nak ulang masa balik dan ubah apa yang patut, namun masa lampau lah waktu yang paling jauh dari diri kita.. Sangat jauh sampai tak mungkin dapat dicapai balik.. 
Jadi masa depanlah yang kita ada dan boleh ubah untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita untuk masa hadapan yang lebih bermakna.. 
Apa yang telah berlaku dan terjadi tidak lah sia-sia semuanya.. Past ada hikmah disebaliknya sama ada kita tahu atau tidak.

Teruskan lah hidup kau akim.. 
Kejar lah dia yang kau sayang andai dia milik kau, tak ada siapa mampu menghalang..
Tapi kalau dia bukan untuk kau, buat lah macam mana pun..
Dia tetap bukan untuk kau.. 
Terima lah andai suatu hari nanti kau sedar yang dia bukan untuk kau lagi..
Dan tak ada siapa perlu dipersalahkan kerana semuanya sudah tertulias sejak dulu lagi, jangan lah salahkan diri sendiri selamanya.. Belajar redha dan teruskan hidup.. 
Aku tahu luka di hati kita berdua masih merah dan berdarah.. 
Tapi setiap luka pasti boleh diubati walaupun meniggalkan parut, itu lah tanda yang boleh diambil sebagai pengajaran..
Tiada manusia yang sempurna didunia ini, aku maafkan diri sendiri atas kebodohan aku dulu.. 
Dan aku terima segalanya, aku terima apa yang terjadi pada diri, aku terima sakit ini dan aku bertahan dengan sakit ini untuk menyedari betapa sakitnya si dia bila aku menyakiti dahulu... 




No comments: