Wednesday, January 31, 2024

Coretan untuk Abah


Abah, banyak yang akim nak bercerita kalau ikutkan,
Akim dah dapat kunci rumah and dah start stay rumah tu..
Tak ada apa apa pun lagi kat rumah tu tapi dah banyak idea la nak buat apa..
Cuma akim ralat abah tak dapat tengok sekali rumah tu,
Selalu akim berangan abah luangkan masa dengan mak kat rumah akim sekali sekala, tapi apa kan daya..
Allah lagi sayangkan abah..

Beberapa minggu lepas abah pergi, Fahmi pun dapat anak dia..
Sebelum tu kita selalu bergurau pasal abah nak jadi moyang dan akim nak jadi atuk..
Dan masanya dah tiba sekarang..
Abah dah pergi lebih dari 3 bulan sekarang, tapi bagi akim abah macam baru pergi semalam..
Terasa macam baru semalam akim peluk cium tubuh abah..
Akim minta maaf kalau selama abah ada akim tak ambil berat tentang abah..
Akim janji akan jaga mak dengan beradik yang lain dengan baik..

Semoga abah ditempatkan bersama orang beriman dan diluaskan kubur abah.
Semua yang abah ajar terpahat dalam diri kami semua adik beradik,
Terima kasih sebab bersusah payah membersarkan kami semuanya..
Setiap hari akim teringatkan abah, selalu memikir semua salah dan silap yang pernah buat kat abah.. Maafkan akim, 

Tak sangka sakit hilang seorang abah ni sakit macam ni,
Tahu lah sekarang apa yang mak & abah rasa masa perginya atok & ayah..
Rindunya ni tak berperhujung, dan rasa ralat tak buat yang lebih baik untuk abah semakin membuak rasanya..
Tapi mungkin dah jadi lumrah manusia, hanya menyedari selepas kehilangan..

Al-Fatihah untuk abah kesayanganku. Semoga dosa dosa abah diampunknan dan kita berjumpa semula kelak. 

 

Tak sangka tahun lepas raya last kita,





No comments: